PUNCA Asid Urik Tinggi Semasa Mengandung

Masalah hyperuricemia atau bacaan asid urik tinggi jarang berlaku pada para wanita. Salah satu faktor adalah kaum wanita yang sihat akan menyingkirkan sebahagian darah di dalam badan malalui kitar haid. Ini turut menerangakan kenapa kita jarang dengar ada kaum wanita (sebelum putus haid) yang dapat serangan gout.

Malah, terdapat sebahagian wanita yang diganggu oleh masalah asid urik tinggi semasa mengandung. Keadaan ini merisaukan ramai ibu kerana mereka risau kandungan asid urik tinggi di dalam darah akan mengganggu pertumbuhan bayi di dalam perut. Doktor biasanya tidak akan beri sebarang ubat untuk turunkan paras asid urik kerana mereka risau ia mungkin menimbulkan kesan sampingan yang boleh mengancam keselamatan bayi dan ibu. Doktor biasanya akan suruk si ibu minum air dengan kerap dan kurangkan pengambilan makanan berprotein tinggi seperti daging dan kekacang.

Terdapat dua faktor yang mungkin merupakan punca asid urik tinggi semasa mengandung. Bayi di dalam kandungan ibu dapat khasiat melalui ibu dan si bayi juga menyingkirkan sisa-sisa melalui ibu. Asid urik adalah bahan singkiran metabolisme dalam badan. Si ibu bukan saya perlu menanggung asid urik yang dihasilkan oleh badan sendiri, ibu turut perut tanggung sisa asid urik yang dihasilkan oleh badan bayi.

Semasa mengandungi, pundi kencing si ibu akan menjadi sempit kerana ditekan oleh kandungan bayi yang bersebelahan, ini akan menyebabkan ibu perlu pergi ke tandas dengan kerap. Oleh itu, ramai ibu tidak suka minum air semasa mengandung kerana malas nak pergi ke tandas. Tanpa air yang cukup untuk cairkan darah yang semakin pekat, si ibu tentu akan alami masalah paras asid urik tinggi semasa mengandung.

Bacaan asid urik tinggi semasa mengandung merupakan satu petanda bahawa si ibu mungkin mengalami masalah ‘preeclampsia’ yang berpunca daripada perkembangan plasenta yang kurang lengkap. Preeclampsia adalah satu keadaan di mana saluran darah yang membekal nutrien kepada bayi tidak bertumbuh dengan baik dan pengaliran darah ke si bayi adalah kurang lancar. Apabila si bayi tidak dapat bekalan darah yang lengkap, badan dia akan minta tolong dengan menghasilkan hormon-hormon tertentu yang boleh meningkatkan pengaliran darah si ibu dan ini akan menyebabkan tekanan darah si ibu meningkat.

Preeclampsia adalah satu keadaan yang rumit dan mungkin boleh mengancam nyawa si bayi dan ibu juga. Jika anda sedang hamil dan mendapati tekanan darah meningkat dan paras asid urik tinggi semasa mengandung, saya cadang anda pergi jumpa doktor yang berpengalaman dalam kes preeclampsia untuk dapatkan nasihat professional beliau.