Pembentukan Batu Asid Urik

Batu asid urik terbentuk dari kepekatan asid urik yang tinggi dalam air kencing berasid (pH rendah). Pada pH yang rendah mendapan asid urik senang terbentuk.Berbeza dengan batu kalsium yang perlu operasi pembedahan, batu jenis ini boleh “dilarutkan” dengan rawatan perubatan yang sesuai. Punca asid urik tinggi kencing boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tabiat pemakanan yang berprotein tinggi yang boleh menghasilan asid urik yang tinggi.

Kaedah rawatan termasuk meningkatkan pH air kencing dengan mineral kalium sitrat yang beralkali (membuat air kencing kurang berasid) di samping meningkatkan pembuangan air. Selepas ditelan, unsur sitrat akan ditukar menjadi bikarbonat yang meningkatkan pH air kencing. Selain daripada itu, ubat gout allopurinol turut digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid urik oleh tubuh.

Kadar asid urik tinggi dalam air kencing atau Hyperuricosuria juga boleh menyebabkan pembentukan batu kalsium. Salah satu sebabnya adalah mungkin bahawa asid urik kecil menggalakkan pembentukan kristal, namun hipotesis ini belum dipastikan. Kristal ini kemudian akan membentuk biji yang kristal kalsium yang akan terus bertumbuh.

Kemungkinan lain adalah bahawa asid urik terlarut menyebabkan kalsium oksalat untuk mengendapkan ke kristal dan batu. Walau apapun, perubahan cara hidup dan tabiat makan untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam badan merupakan aspek penting dari pencegahan gout.

Leave a Reply