»

Nov
30

Gout dan Asid Urik

Sakit gout adalah satu penyakit auto imunasi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik pada sendi-sendi, khasnya pada sendi ibu jari kaki. Semuanya berpunca daripada peningkatan paras asid urik di dalam darah sejak bertahun-tahun dulu. Sendi-sendi yang terdapat kristal-kristal halus ini akan menjadi bengkak, kesakitan dan kesukarang untuk bergerak.

Asid urik merupakan sejenis sisa buangan hasil pemecahan (degradation) sel badan uzur yang sudah mati. Proses pemecahan purin kepada asid urik berlaku di buah hati dan sisa asid urik akan dihantar ke buah pinggang untuk disingkirkan bersama air kencing.

Mereka yang kerap mengambil makan daging yang berprotein tinggi akan menyebabkan pengumpulan asid urik yang lebih di dalam badan. Ini menerangkan kenapa makanan tertentu lebih cenderung dalam menyebabkan serangan sakit gout.

Masalah sakit gout tidak berlaku pada kanak-kanak. Tahap asid urik di dalam badan akan semakin bertambah apabila seseorang itu menjadi remaja atau dewasa. Biasanya, seseorang yang sihat mempunyai buah pinggang dan hati yang mampu untuk menyingkirkan asid urik lebihan ini.

Masalahnya terjadi apabila seseorang itu tidak menjaga tabiat pemakanan yang seimbang, khasnya bagi mereka yang hidup dalam bandar yang dikelilingi dengan makanan fastfood yang berkalori dan berprotein tinggi yang turut ditambah dengan pelbagai perisa dan perwarna kimia. Semua ini akan membebankan buah pinggang dan hati yang kemudian yang akan menjejas kebolehan kedua-dua organ ini dalam memproses asid urik.

Apabila kepekatan asid urik di dalam badan mencecah tahap tepu iaitu melebihi 0.42 mmol/L, kristal asid urik akan mula membentuk di dalam cecair sinovial di dalam sendi. Kristal asid urik ini akan dianggap sebagai bendasing dan sistem imunasi badan akan melancarkan serangan sel darah putih terhadap kristal-kristal asid urik ini. Reaksi imunasi inilah yang menyebabkan kebengkakan dan kesakitang.

Sekiranya masalah gout atau asid urik tinggi ini tidak dirawat, kristal kandungan asid urik akan menjadi semakin pekat dan mula termendak dan mengeras di permukaan kulit dan membentuk satu bintik atau ketulan yang keras yang di tophi. Ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi, kepekatan mineral di dalam air kencing turut bertambah dan ini akan menyebabkan pembentukan batu karang di buah ginjal.

Bagi pesakit gout yang mengalami masalah hiperuricemia (asid urik tinggi) yang serius, biasanya doktor akan bagi ubat jenis allopurinol yang berfungsi untuk merencatkan penghasilan asid urik dengan menghalang pemecahan purin ke asid urik dalam hati. Sungguhpun ubat alopurinol ini boleh mengurangkan paras asid urik di dalam darah dengan berkesan, tapi kesannya cuma sementara sahaja dan terdapat macam-macam kesan sampingan yang mungkin timbul ekoran daripada pengambilan ubat jenis ini, seperti masalah kegatalan kulit dan sakit perut.

Cara yang paling efektif dan semulajadi untuk mengurangkan tahap asid urik di dalam badan adalah dengan peneutralan melalui air alkali ionik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>