Keberkesanan Ubat Allopurinol (Zyloric) Dalam Pengurangan Asid Urik

Apabila serangan sakit gout anda menjadi semakin kerap dan berlarutan, doktor biasanya akan bagi sejenis ubat gout jenis allopurinol (jenama biasanya adalah Zyloric) untuk menggawal paras asid urik dalam badan anda.

Zyloric berfungsi dengan merencatkan enzim-enzim yang menukar purin kepada asid urik. Apabila penghasilan asid urik berkurangan, maka turun lah parasnya di dalam darah. Itu merupakan ‘konsep’ penghasilan ubat tersebut. Tetapi malangnya ubat tersebut turut menghasilkan satu masalah yang lain dalam badan… Iaitu pengumpulan purin yang berlebihan.

Purin adalah sisa penceraian makanan dan penguraian sel-sel badan yang sudah mati, ia memang perlu disingkir keluar daripada badan anda. Masalah akan timbul apabila takungan purin melebihi paras normal. Antara kesan sampingan yang timbul adalah cirit-birit, kegatalan kulit, dan muntah-muntah.

Ubat jenis ini berjaya dalam mengurangkan satu masalah tetapi ia turut menimbulkan masalah yang lain. Apa gunanya?