Gaut – Senarai Makan Yang Tinggi Asid Urik?

Jika nak senaraikan dengan sepenuhnya jenis makanan yang mengandungi purin, ia mungkin memerlukan beberapa muka surat. Jadi, adalah lebih baik bagi kami memberikan satu senarai makanan secara umum yang lebih senang untuk diingati.

Hampir semua makanan daging yang berprotein mengandungi paras purin yang tinggi. Makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan ikan bilis adalah pencetus serangan gout yang utama. Manakala isi ikan besar adalah mempunyai kandugan purin yang lebih rendah dan selamat untuk dimakan oleh pesakit gout.

Daging merah seperti lembu dan kambing turut mengandungi tahap purin yang tinggi. Daging organ dalaman seperti hati dan usus adalah sangat tinggi dalam kandungan purin. Ini adalah kerana hati merupakan tapak pemprosesan di makan purin dipecahkan menjadi asid
urik di dalam badan.

Selain daripada daging, kebanyakan makanan jenis kacang turut mempunyai kandungan protein dan purin yang tinggi, begitu juga dengan cendawan. Jadi, pesaki gout adalah dinasihat supaya kurangkan atau elakkan golongan makanan di atas sehingga tahap asid urik di dalam badan kembali ke tahap normal.

Bijirin Oat adalah seperti jagung dan beras, ia bukan di dalam golongan kacang. Maka, ia adalah selamat untuk dimakan. Kami sentiasa mencadangkan pesakit gout supaya menambahkan pengambilan makan bijirin yang tidak diproses keterlaluan seperti nasi biasa yang telah diputihkan.

Kalau boleh, Anda harus cuba makan Brown Rice yang lebih berkhasiat. Brown Rice mengandungi kulit beras yang kaya dengan Vitamin B dan gentian fiber yang bagus untuk pencernaan. Jika Anda tidak biasa dengan bau Brown Rice, anda boleh mula dengan mencampur dengan nasi putih biasa dan perlahan-lahan kurangkan nisbah beras putih. Anda juga boleh buka satu kapsul Jinliyuan dan campurkan ke dalam air masakan nasi, bukan sahaja Anda dan sekeluarga boleh mendapat manfaat kealkalian Jinliyuan, mineral
Jinliyuan turut boleh menjadikan nasi lebih sedap dimakan. Sila cuba.

Pembentukan Batu Asid Urik

Batu asid urik terbentuk dari kepekatan asid urik yang tinggi dalam air kencing berasid (pH rendah). Pada pH yang rendah mendapan asid urik senang terbentuk.Berbeza dengan batu kalsium yang perlu operasi pembedahan, batu jenis ini boleh “dilarutkan” dengan rawatan perubatan yang sesuai. Punca asid urik tinggi kencing boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tabiat pemakanan yang berprotein tinggi yang boleh menghasilan asid urik yang tinggi.

Kaedah rawatan termasuk meningkatkan pH air kencing dengan mineral kalium sitrat yang beralkali (membuat air kencing kurang berasid) di samping meningkatkan pembuangan air. Selepas ditelan, unsur sitrat akan ditukar menjadi bikarbonat yang meningkatkan pH air kencing. Selain daripada itu, ubat gout allopurinol turut digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid urik oleh tubuh.

Kadar asid urik tinggi dalam air kencing atau Hyperuricosuria juga boleh menyebabkan pembentukan batu kalsium. Salah satu sebabnya adalah mungkin bahawa asid urik kecil menggalakkan pembentukan kristal, namun hipotesis ini belum dipastikan. Kristal ini kemudian akan membentuk biji yang kristal kalsium yang akan terus bertumbuh.

Kemungkinan lain adalah bahawa asid urik terlarut menyebabkan kalsium oksalat untuk mengendapkan ke kristal dan batu. Walau apapun, perubahan cara hidup dan tabiat makan untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam badan merupakan aspek penting dari pencegahan gout.