PUNCA Asid Urik Tinggi Semasa Mengandung

Masalah hyperuricemia atau bacaan asid urik tinggi jarang berlaku pada para wanita. Salah satu faktor adalah kaum wanita yang sihat akan menyingkirkan sebahagian darah di dalam badan malalui kitar haid. Ini turut menerangakan kenapa kita jarang dengar ada kaum wanita (sebelum putus haid) yang dapat serangan gout.

Malah, terdapat sebahagian wanita yang diganggu oleh masalah asid urik tinggi semasa mengandung. Keadaan ini merisaukan ramai ibu kerana mereka risau kandungan asid urik tinggi di dalam darah akan mengganggu pertumbuhan bayi di dalam perut. Doktor biasanya tidak akan beri sebarang ubat untuk turunkan paras asid urik kerana mereka risau ia mungkin menimbulkan kesan sampingan yang boleh mengancam keselamatan bayi dan ibu. Doktor biasanya akan suruk si ibu minum air dengan kerap dan kurangkan pengambilan makanan berprotein tinggi seperti daging dan kekacang.

Terdapat dua faktor yang mungkin merupakan punca asid urik tinggi semasa mengandung. Bayi di dalam kandungan ibu dapat khasiat melalui ibu dan si bayi juga menyingkirkan sisa-sisa melalui ibu. Asid urik adalah bahan singkiran metabolisme dalam badan. Si ibu bukan saya perlu menanggung asid urik yang dihasilkan oleh badan sendiri, ibu turut perut tanggung sisa asid urik yang dihasilkan oleh badan bayi.

Semasa mengandungi, pundi kencing si ibu akan menjadi sempit kerana ditekan oleh kandungan bayi yang bersebelahan, ini akan menyebabkan ibu perlu pergi ke tandas dengan kerap. Oleh itu, ramai ibu tidak suka minum air semasa mengandung kerana malas nak pergi ke tandas. Tanpa air yang cukup untuk cairkan darah yang semakin pekat, si ibu tentu akan alami masalah paras asid urik tinggi semasa mengandung.

Bacaan asid urik tinggi semasa mengandung merupakan satu petanda bahawa si ibu mungkin mengalami masalah ‘preeclampsia’ yang berpunca daripada perkembangan plasenta yang kurang lengkap. Preeclampsia adalah satu keadaan di mana saluran darah yang membekal nutrien kepada bayi tidak bertumbuh dengan baik dan pengaliran darah ke si bayi adalah kurang lancar. Apabila si bayi tidak dapat bekalan darah yang lengkap, badan dia akan minta tolong dengan menghasilkan hormon-hormon tertentu yang boleh meningkatkan pengaliran darah si ibu dan ini akan menyebabkan tekanan darah si ibu meningkat.

Preeclampsia adalah satu keadaan yang rumit dan mungkin boleh mengancam nyawa si bayi dan ibu juga. Jika anda sedang hamil dan mendapati tekanan darah meningkat dan paras asid urik tinggi semasa mengandung, saya cadang anda pergi jumpa doktor yang berpengalaman dalam kes preeclampsia untuk dapatkan nasihat professional beliau.

Apakah Makanan Mengandungi Asid Urik?

Bagi ramai pesakit gout, adalah satu senarai yang mereka sentiasa scan di dalam otak adalah Senarai Makanan Mengandungi Asid Urik. Bagi mereka, senarai ini adalah dalah seperti peti yang menunjukkan di mananya ‘land mine’ atau ‘bomb’ berada. Pesakit gout yang mempunyai kandungan asid urik tinggi ini adalah sangat sensitif kepada makanan mengandungi asid urik. Jika tersilap makan, sengsaara diserang sakit gout beberapa hari kemudian…

Tetapi leceh dan stress juga jika setiap kali makan pun nak scan dan analyze lauk sedap yang dihidangkan di depan mata. Air liur sudah meleleh tetapi tidak boleh makan, last-last hanya boleh makan nasi kosong bersama beberapa keping sayur sahaja. Ada yang sampai kicap soya pun tak boleh makan sebah ia dibuat daripada kekacang.

Sebenarnya, pada zaman moden ini yang mempunyai fastfood di merata-rata tempat dan manusia yang semakin jadi karnivor, makanan mengandungi asid urik boleh dikatakan merangkumi 90% daripada makan harian orang ramai. Makanan yang enak seperti KFC, Sate Kajang, McD, Nando’s, Ayam Penyet, Steak lembu/kambing, semuanya mengandungi asid urik yang sangat tinggi! Jika anda tidak boleh tahan godaan bau wangi makanan tersebut dan hantam juga, maka anda perlu stand-by ubat gout untuk berhadapan dengan serangan gout yang bakal hantam anda kembali.

Kenapa perlu hidup begitu susah? Jika anda masih mahu terus menikmati makan enak berprotein tinggi macam dahulu, maka anda perlu singkirkan asid urik yang tertakung di dalam badan dan turunkan paras asid urik sehinggi tahap yang selamat. Proses ini mengambil masa, dan hanya ada satu cara  yang efektif iaitu dengan meminum air alkali ionik dengan kerap. Jika anda ikut arahan dan amalkan tabiat minum air alkali ionik, tahap asid urik dalam badan akan turun dengan jelas dalam tempoh 2 atau 3 bulan. Selepas itu, bolehlah anda testing ambil makanan mengandungi asid urik dengan sikit-sikit dan tengok ada reaksi atau tidak.

Walau bagaimanapun, makan berprotein tinggi memang kurang bagus untuk kesihatan, perlu kurangkan pengambilannya. Sila makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk elakkan daripada menghidap penyakit kronik yang lain seperti kencing manis dan sakit jantung.